Photobucket

Tuesday, March 29, 2011

senyum dalam kedukaan,tanda insan punya keimanan^_^


setelah lama melabuhkan tinta,rindu sedikit untuk bersuara..
tika dinamakan insan,
pasti punya dugaan di persekitaran..
kerna ia melihatkan kita tahap sebuah ketakwaan..


cintalah ujian dengan sebenar-benar kecintaan..
dugaan adalah cubitan kasih dari Tuhan..

janganlah diminta diringankan beban,pohonlah agar dibesarkan iman,insyaAllah..

sebuah kisah buat teladan..
terutama buat diri ini yang beribu kekurangan..
tika diuji,bersyukurlah..
kerna Allah masih mengingatimu,teman..
lepaskan ia!


Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya.
“Berapa beratkah air ni?”

“10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!”
Murid-murid menjawab.

Bagus!
tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya.
Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?
 
“Tiada apa-apa!”
Murid menjawab

Kalau saya memegang selama setengah jam?

“Tangan lenguh!”
Murid menjawab,

Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?

 
“Tidak!”
serentak murid menjawab.

Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?

“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”,


salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.

Guru tersenyum,
“Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”

Murid-murid mula pening, gilo ke?ce cite ce cite..

Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?
“Lepaskan sahaja gelas itu!”

Ya , itulah jawapan yang saya cari.
Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi.

Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.

Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. 

Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.
Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa
Ingat…

“Lepaskan sahaja gelas itu!”
~rahsia tenangnya seorang mukmin..
meninggalkan masalah di hujung hari,Allah tsabat di hati..
...
~indahnya akhlak si beriman..
yang luarnya tenang mengharungi beribu rintangan..
~katanya,demi sebuah perjuangan..
tsabatkan senyuman..


~senyum dalam tangisan,erti insan punya keimanan..

Wednesday, March 02, 2011

~positif tolak negatif,jawapanya?


alhamdulillah, ya Allah..
rasa hati tak mahu menulis lagi,tapi rasanya ada benda perlu dikongsi..
tentang salah satu ciri yang ada dalam setiap sahabat-sahabat nabi..

sifat ikrammul muslimin..
yakni tunaikan hak orang lain,lebih dari hak diri sendiri..

ikhwah fillah,selalunya, refleksi diri penting untuk membentuk peribadi..
pandanglah keburukan diri dan lihatlah kebaikan diri lainnya..

itulah si dia..
husnudzhon namanya diberi..
jom beriman sebentar merenung kisah ini..


SEORANG perantau memasuki sebuah desa.
sebelum pergi jauh ke dalam desa itu,dia telah bertemu seorang tua.
"bagaimana perangai orang-orang kampung di sini pakcik?"
tanyanya.


"Ohkam u orang baru ya?sebelum pakcik jawab soalan kamu tu,
pakcik ada pertanyaan,boleh pakcik tanya?"
perantau itu kehairanan.
apa pula yg ada dalam fikiran orang tua itu.
"baiklah pakcik.apa soalannya?"

"bagaimana perangai orang kampung asal kamu sendiri?"
pemuda itu terdiam sejenak.

"orang kampung saya teruk-teruk pakcik,perangai mereka tak senonoh langsung.

asyik bergaduh,mengumpat sesama sendiri.
saya harap orang kampung ini tidak macam itu."


"Sayang,harapan kamu tidak akan kesampaian.orang kampung ini macam itulah juga.
kamu tersilap pilih nak.
sepatutnya kamu tak datang ke kampung ini,"
jawab pakcik tua itu.

"tak apalah kalau begitu pakcik.saya tumpang minum sajalah di warung sebelah ni.saya akan cepat-cepat meninggalkan kampung ini."
orang tua itu tersenyum&mengangguk-angguk.

selang kemudian,seorang perantau lain memasuki kampung itu&menemui pakcik yang sama.kebetulan soalannya sama juga dengan perantau pertama,maka ditanya juga pakcik itu soalan yang sama.



jawabnya:
"orang kampung saya baik-baik.semuanya bertolong bantu,peramah&kasih sayang."

"kalau begitu mengapa kamu merantau keluar?"

"saya ingin mencari pengalaman.Err..err pakcik kembali kepada soalan saya tadi.
bagaimana perangai orang kampung ini?"


~ geng kampung sekolah ~

"Oh, bagus.baik.orang kampung ini semuanya berkasih sayang dan tolong-menolong."

"syukur.
kalau begitu tidak salah saya memilih untuk mencari pengalaman di sini."


perbualan antara perantau kedua&pakcik itu didengari oleh perantau pertama yg sedang minum di warung berhampiran.
dia hairan&sedikit berang
apakah pakcik itu mempermainkannya?"

"kenapa pakcik berbohong?
dgn saya kata lain,dengan dia kata lain?"

"maaf nak,pakcik tak berbohong."

"habis kenapa jawapan pakcik berbeza?"


"pakcik jawab mengikut keadaan orang yang bertanya."

"maksud pakcik?"

"jika orang itu baik,dia akan nampak banyak kebaikan.
sebaliknya,jika orang itu tidak baik,dia akan nampak banyak kejahatan&keburukan.

~ mata hati ~


kita melihat dengan mata hati kita.
jika mata hati kita bersih,insyaAllah,kita akan sentiasa dapat melihat banyak kebaikan."


~~PENGAJARAN~~
ikhwah fillah,
apa yg kita lihat, sebenarnya bergantung kepada diri kita.
sebab itu prasangka itu dilarang keras oleh agama.

dalam pergaulan,kita mesti belajar meletakkan sangka baik&sentiasa memberi alasan untuk memaafkan kesalahan orang lain.

bagaimana kita akan mendapat kebaikan daripada seseorang sekiranya apa yg kita lihat ada padanya hanya keburukan semata-mata?

~ kita ini saudara dengan ikatan agama ~