Photobucket

Tuesday, March 29, 2011

senyum dalam kedukaan,tanda insan punya keimanan^_^


setelah lama melabuhkan tinta,rindu sedikit untuk bersuara..
tika dinamakan insan,
pasti punya dugaan di persekitaran..
kerna ia melihatkan kita tahap sebuah ketakwaan..


cintalah ujian dengan sebenar-benar kecintaan..
dugaan adalah cubitan kasih dari Tuhan..

janganlah diminta diringankan beban,pohonlah agar dibesarkan iman,insyaAllah..

sebuah kisah buat teladan..
terutama buat diri ini yang beribu kekurangan..
tika diuji,bersyukurlah..
kerna Allah masih mengingatimu,teman..
lepaskan ia!


Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya.
“Berapa beratkah air ni?”

“10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!”
Murid-murid menjawab.

Bagus!
tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya.
Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?
 
“Tiada apa-apa!”
Murid menjawab

Kalau saya memegang selama setengah jam?

“Tangan lenguh!”
Murid menjawab,

Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?

 
“Tidak!”
serentak murid menjawab.

Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?

“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”,


salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.

Guru tersenyum,
“Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”

Murid-murid mula pening, gilo ke?ce cite ce cite..

Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?
“Lepaskan sahaja gelas itu!”

Ya , itulah jawapan yang saya cari.
Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi.

Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.

Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. 

Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.
Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa
Ingat…

“Lepaskan sahaja gelas itu!”
~rahsia tenangnya seorang mukmin..
meninggalkan masalah di hujung hari,Allah tsabat di hati..
...
~indahnya akhlak si beriman..
yang luarnya tenang mengharungi beribu rintangan..
~katanya,demi sebuah perjuangan..
tsabatkan senyuman..


~senyum dalam tangisan,erti insan punya keimanan..

4 comments:

Unknown said...

Salam muaz,entry ini sgt membantu saya dan bagus..betul kata awk lepaskan saja gelas itu tetapi saya akan lepaskan gelas itu setelah benar2 diberikan kpd yang berhak menerimanya..maksudnya saya akan menyelesaikannya dahulu sebelum melepaskannya supaya hati menjadi tenang..Insya-Allah (^_^)

yui said...

ohhh... haha... tapi jgn lepas.. letak la atas meja... sayang cawan tu =p=p=p

xpikirlagi said...

analogi yg menarik ;)

ahnoni said...

Subhanallah..Indah betulni Tausiahnya..JAZAKAULLAH KHYRAN..