Photobucket

Friday, June 03, 2011

~ikhlaslah hati^_^



~doa tidak perlukan teks, nota & rangka..
cuma
ikhlas yang dimintaNya..

bacalah seketika untuk muhasabah diri,agar diri dalam pelukan Ilahi^_^


Ya Allah ,

 kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu ,

 hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu ,  serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu .



 Ya Allah , 

kurniakanlah kami iman yang sempurna , 
hati yang khusyuk , ilmu yang berguna ,
 keyakinan yang benar benar mantap .



 Ya Allah ,

 kurniakanlah kami din ,
 iaitu cara hidup yang jitu dan unggul ,
 selamat dari segala mara bahaya dan petaka . 


Kami mohon Ya Allah , 
kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain .

 Berikanlah kami Ya Allah ,
 iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri . 

Kembangkanglah lembayung rahmatMu kepada kami , keluarga dan anak anak kami ,
 serta sesiapa sahaja yang bersama sama kami . 



Jangan Ya Allah ,

 Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri ,
 walaupun kadar sekelip mata ,
 atau kadar masa yang lebih mudah dan cepat memperkenankan pinta , 
perkenankanlah .

 Ameen .


Wednesday, June 01, 2011

~kembungnya perutku^_^


Seorang tabib dihantar oleh Penguasa Mesir ke Madinah sebagai menunjukkan tanda persahabatan. 

Sepanjang dua tahun tabib itu berada di sana, tidak ada seorang pun yang datang untuk mendapatkan rawatan perubatan. Tabib menjadi hairan dan bosan kerana tidak dapat memberikan sebarang perkhidmatan dan pertolongan kepada penduduk Madinah seperti yang di arahkan oleh Tuannya.

Dengan keraguan yang menyelimuti hati dan fikirannya, Tabib itu pergi berjumpa Nabi Muhammad SAW untuk mendapatkan kepastian yang jelas.

Dia bertanya Nabi Muhammad SAW,
 “Adakah penduduk sini takut untuk berjumpa tabib?”

“Tidak! Dengan musuh mereka tidak takut, apatah lagi dengan tabib.” 
Jawab Nabi Muhammad SAW dengan tegas.

Tabib bertanya lagi, 
“Tapi mengapa sepanjang 2 tahun saya di sini, seorang pun tidak berubat dengan saya ?”

Nabi menjelaskan 
“Sebab penduduk Madinah tidak ada seorang pun yang sakit.”

Tabib itu kurang mempercayai Nabi dan berkata, “Masakan tidak ada satu orang pun yang sakit.”
Melihat keraguan tabib itu, Nabi mempersilakan tabib itu menjelajah ke merata pelusuk Medinah untuk membuktikan kebenaran kata-katanya.

Tabib itu beredar dan menjelajah ke pelusuk Madinah. 
Puas dia mencari pesakit tetapi tidak menjumpai walau seorang pun daripada yang bayi sehinggalag orang tua.
 Terbuktilah kepadanya kebenaran kata-kata Nabi itu.

Didorong oleh perasaan ingin tahu dan kekagumannya, tabib itu sekali lagi berjumpa Nabi saw. lalu berkata, 

“Benar seperti kata-kata baginda. Apakah petua sehingga semua penduduk Madinah sihat-sihat belaka?”

Nabi menerangkan, 
“Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan jika tidak lapar. Dan jika kami makan, kami tidak makan sehingga terlalu kenyang.

Itulah petua untuk kesihatan. Yakinilah makanan yang halal dan baik.

Makanlah untuk terus hidup kerana ingin bertaqwa kepada Allah
bukan sekadar memuaskan hawa nafsu.”

Thursday, May 26, 2011

~lembutkan hatimu demi yang satu^_^


indahnya nikmat keenam-enam pancainderamu..
yang menjadi sungai kecil baginya..
andai baik sungai-sungai itu,
maka baiklah hatimu..
^_^


~kisah cintaku~

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat matahari terbit.
 SubhanAllah, kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingnya.
 Sedang aku memerhati, aku memuji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia saji.
 Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.

Dia bertanya kepadaku,
 “Adakah kamu mencintai Aku?” 

Aku menjawab, 
“Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, mana mungkin aku tidak mencintaiMu.”
 Kemudian Dia bertanya lagi,
 “Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiKu?” 

Aku tergamam seketika. 
Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku, aku teringat akan pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya.

Kemudian jawabku,
 “Tentunya ia amat sukar bagiku tetapi aku akan tetap mencintaiMu.”

 Kemudian Dia bertanya lagi, 
“Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?”

 Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat?


 Kemudian aku berfikir... 
ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. 


Lantas aku menjawab, 
“Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikian rupa, namun begitu aku akan tetap mencintaimu Ya Allah.”

Dia bertanya lagi, 
“Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?”

 MasyaAllah!

 Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak?
 Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga;
 tetapi menggunakan hati. Aku menjawab, 

“Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap mencintaiMu.”

Dia menyambung lagi persoalanNya, 
“Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu?”

 Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara?
 Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya. 

Kemudian aku menjawab, 
“Sungguhpun aku tidak mampu untuk membunyikan pujian bagiMu, aku akan tetap memujiMu.” 

Dan...

Dia terus bertanya lagi, 

“Adakah kamu benar-benar mencintaiKu?”

 Dengan nada yang tegas dan penuh keberanian aku jawab dengan yakin, 
“Ya, benar Tuhanku, aku mencintaiMu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!”

 Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi tetapi Dia terus bertanyakan lagi, 

“Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa?”


Aku jawab, 
“Kerana aku cuma manusia biasa yang selalu lalai; aku tidak sempurna,aku bukan maksum.”


 “Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?”

Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...
 titisan panas turun membasahi pipiku. 
Dia sambung lagi, 

“Mengapa kamu buat begini, kadang-kadang sujud menyembahKu dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? 
Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu mengingatiKu?
 Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?” 

Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti. 

“Mengapa kamu malu kepadaKu? 
Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? 
Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedangkan Aku sedia mendengar segala rintihanmu? 
Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?”

Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?

Kugagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. 
Tetapi aku tidak mempunyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi.
 Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan,atau alasan...

 namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.
 Dia berkata-kata lagi...

 “Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya.

Seringkali Aku berkata-kata kepadamu tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. 
Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan.
 Aku mendengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu...
 dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai cara.” 

SambungNya lagi, 
“Kini... adakah kamu mencintaiKu?”

 Aku tidak mampu menjawabnya lagi. Bagaimana harus aku jawab persoalan ini.. 
Dalam tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini.
 Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. 

Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? 
Ketika hatiku berteriak menangis dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku, aku merintih, 
“Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah...” 


Kemudian Dia menjawab, 
“Sifatku pengampun,barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya. 
Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu.”


Aku bertanya kepadaNya, 
“Mengapakah Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?” 

Dia menjawab 
“Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan menyayangimu selama-lamanya.”

Seingat aku...
 aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti kenapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini.
 Dan..
 buat kali pertamanya dalam hidupku ini...
 aku benar-benar redha, sabar dan solat dalam ertikata yang sebenar.
 Ya Allah..


 betapa indahnya dapat merasakan kehadiranMu di setiap waktu.. 

Allah.....

Thursday, April 28, 2011

~mencintaimu kerana Ilahi^_^



Suatu hari..
 dua rakan baik iaitu Zaid dan Ubaidallah berjalan mengembara merentasi padang pasir .


 Dalam perjalanan mereka berbual suatu topik yang menimbulkan perbalahan. 

Perbalahan ini berlanjutan sehingga si Zaid menampar rakan baiknya Ubaidallah.


 Lalu Ubaidallah mengambil tongkatnya.

 Ia pergi ke tempat lapang dan menulis atas pasir dengan 
kata-kata ini :



"Seorang rakan yang sangat akrab denganku telah menamparku dengan kuatnya".

Perjalanan diteruskan.
 Namun Ubaidallah telah terlangkah ke kawasan pasir jerlus. Sedikit demi sedikit ia tenggelam.

 Melihat hal sebegitu maka Zaid telah mencampakan tali ke arah Ubaidallah dan menyelamatkannya.
 Kemudian Ubaidallah mengeluarkan pisaunya.

 Ia pergi ke sebuah batu yang besar lalu ia ukir kata-kata berikut:



"Seorang rakan yang sangat akrab denganku telah menyelamatkan aku dari kebinasaan".



Zaid hairan melihat perbuatan Ubaidallah lalu bertanya :

 Apakah gerangannya engkau berbuat demikian?”.

Jawab Ubaidallah : 

Ku tulis atas pasir bila salah seorang kita bergaduh dan menampar yang lain agar angin kemaafan meniup pasir tadi dan ia menghilangkan kisah apa yang terjadi .



 Setelah itu apabila ada di antara kita melakukan jasa dan kebaikan pada yang lain, ku ukir di atas batu agar tiada suatu unsur pun boleh menerbangkan atau menghilangkan ingatan tadi".


~untaian buat sahabat fillahku..


Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..

~maafkan diri ini..

~Dan jadilah kamu seperti pokok ranum yg lebat buahnya,meskipun dibaling batu,

dijolok,dikait,
digeletek,diungkas oleh manusia,

namun masing2 membalas mereka dengan buah yg ranum dan masak ..

(mahfum hadis)