Photobucket

Thursday, May 26, 2011

~lembutkan hatimu demi yang satu^_^


indahnya nikmat keenam-enam pancainderamu..
yang menjadi sungai kecil baginya..
andai baik sungai-sungai itu,
maka baiklah hatimu..
^_^


~kisah cintaku~

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat matahari terbit.
 SubhanAllah, kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingnya.
 Sedang aku memerhati, aku memuji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia saji.
 Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.

Dia bertanya kepadaku,
 “Adakah kamu mencintai Aku?” 

Aku menjawab, 
“Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, mana mungkin aku tidak mencintaiMu.”
 Kemudian Dia bertanya lagi,
 “Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiKu?” 

Aku tergamam seketika. 
Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku, aku teringat akan pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya.

Kemudian jawabku,
 “Tentunya ia amat sukar bagiku tetapi aku akan tetap mencintaiMu.”

 Kemudian Dia bertanya lagi, 
“Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?”

 Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat?


 Kemudian aku berfikir... 
ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. 


Lantas aku menjawab, 
“Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikian rupa, namun begitu aku akan tetap mencintaimu Ya Allah.”

Dia bertanya lagi, 
“Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?”

 MasyaAllah!

 Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak?
 Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga;
 tetapi menggunakan hati. Aku menjawab, 

“Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap mencintaiMu.”

Dia menyambung lagi persoalanNya, 
“Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu?”

 Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara?
 Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya. 

Kemudian aku menjawab, 
“Sungguhpun aku tidak mampu untuk membunyikan pujian bagiMu, aku akan tetap memujiMu.” 

Dan...

Dia terus bertanya lagi, 

“Adakah kamu benar-benar mencintaiKu?”

 Dengan nada yang tegas dan penuh keberanian aku jawab dengan yakin, 
“Ya, benar Tuhanku, aku mencintaiMu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!”

 Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi tetapi Dia terus bertanyakan lagi, 

“Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa?”


Aku jawab, 
“Kerana aku cuma manusia biasa yang selalu lalai; aku tidak sempurna,aku bukan maksum.”


 “Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?”

Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...
 titisan panas turun membasahi pipiku. 
Dia sambung lagi, 

“Mengapa kamu buat begini, kadang-kadang sujud menyembahKu dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? 
Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu mengingatiKu?
 Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?” 

Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti. 

“Mengapa kamu malu kepadaKu? 
Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? 
Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedangkan Aku sedia mendengar segala rintihanmu? 
Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?”

Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?

Kugagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. 
Tetapi aku tidak mempunyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi.
 Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan,atau alasan...

 namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.
 Dia berkata-kata lagi...

 “Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya.

Seringkali Aku berkata-kata kepadamu tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. 
Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan.
 Aku mendengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu...
 dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai cara.” 

SambungNya lagi, 
“Kini... adakah kamu mencintaiKu?”

 Aku tidak mampu menjawabnya lagi. Bagaimana harus aku jawab persoalan ini.. 
Dalam tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini.
 Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. 

Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? 
Ketika hatiku berteriak menangis dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku, aku merintih, 
“Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah...” 


Kemudian Dia menjawab, 
“Sifatku pengampun,barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya. 
Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu.”


Aku bertanya kepadaNya, 
“Mengapakah Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?” 

Dia menjawab 
“Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan menyayangimu selama-lamanya.”

Seingat aku...
 aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti kenapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini.
 Dan..
 buat kali pertamanya dalam hidupku ini...
 aku benar-benar redha, sabar dan solat dalam ertikata yang sebenar.
 Ya Allah..


 betapa indahnya dapat merasakan kehadiranMu di setiap waktu.. 

Allah.....

Thursday, April 28, 2011

~mencintaimu kerana Ilahi^_^



Suatu hari..
 dua rakan baik iaitu Zaid dan Ubaidallah berjalan mengembara merentasi padang pasir .


 Dalam perjalanan mereka berbual suatu topik yang menimbulkan perbalahan. 

Perbalahan ini berlanjutan sehingga si Zaid menampar rakan baiknya Ubaidallah.


 Lalu Ubaidallah mengambil tongkatnya.

 Ia pergi ke tempat lapang dan menulis atas pasir dengan 
kata-kata ini :



"Seorang rakan yang sangat akrab denganku telah menamparku dengan kuatnya".

Perjalanan diteruskan.
 Namun Ubaidallah telah terlangkah ke kawasan pasir jerlus. Sedikit demi sedikit ia tenggelam.

 Melihat hal sebegitu maka Zaid telah mencampakan tali ke arah Ubaidallah dan menyelamatkannya.
 Kemudian Ubaidallah mengeluarkan pisaunya.

 Ia pergi ke sebuah batu yang besar lalu ia ukir kata-kata berikut:



"Seorang rakan yang sangat akrab denganku telah menyelamatkan aku dari kebinasaan".



Zaid hairan melihat perbuatan Ubaidallah lalu bertanya :

 Apakah gerangannya engkau berbuat demikian?”.

Jawab Ubaidallah : 

Ku tulis atas pasir bila salah seorang kita bergaduh dan menampar yang lain agar angin kemaafan meniup pasir tadi dan ia menghilangkan kisah apa yang terjadi .



 Setelah itu apabila ada di antara kita melakukan jasa dan kebaikan pada yang lain, ku ukir di atas batu agar tiada suatu unsur pun boleh menerbangkan atau menghilangkan ingatan tadi".


~untaian buat sahabat fillahku..


Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..

~maafkan diri ini..

~Dan jadilah kamu seperti pokok ranum yg lebat buahnya,meskipun dibaling batu,

dijolok,dikait,
digeletek,diungkas oleh manusia,

namun masing2 membalas mereka dengan buah yg ranum dan masak ..

(mahfum hadis)

Sunday, April 24, 2011

~rumah hantu^_^


~seorang hamba Allah ni bersiar-siar di tepi hutan.
 Sedang dia menghirup udara rimba yang segar, 
tetiba dia..

 
...
ce cite, ce cite..

terdengar satu bunyi..
jeng!jeng!jeng!... 

aauuummmmm!!! 


Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya memanggil mangsanya. 
si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. 

Harimau tu kejar hamba Allah ni.
Sebab dia dah lapar sangat ni.
 
Harimau tu pun kejar, kejar, kejar 
dan kejar.

Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang.
 Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

 
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. 


Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun 
terjunlah ke dalam perigi.
 Perigi tu ada tali dan sebuah timba. 

Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. 
 Tali tu pendek jer. 
Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

 Di mulut perigi, harimau yg 
lapar tu 
menunggunya.

Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam 
mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia 
diselamatkan. 

Tengah duk fikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. 
Aaaaa!!!!
...
 Ya Allah...
lagilah seram dibuatnya.

Nak tahu ada apa kat bawah tu?


Ada 2 buaya yg kelaparan. 
Apalah nasib. 
Dah jatuh ditimpa tangga. 
lagilah takut si hamba Allah ni. 

Atas ada harimau bawah ada buaya. 

Semakin risau dan takut. 
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar,
 tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut.

 Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. 


Cis, kurang ajar punya tikus. 
Alahhhh.... 
cam ner ni. 

Pastu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. 

Naik mengikut tali tadi..
 cit!cit! cit!cit!
 sampai kat atas.

Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.
 Cis, lagi satu.
 Macam mana aku nak buat ni.... 
habislah jadi mangsa buaya .. 
Berfikir lagi. 

Kalau naik kat atas makan dekharimau.
 Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam 

mana nih... 
Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak 
selamatkan dirinya, 
tetiba....
 terdengar satu bunyi....

 uuuuuuuuuuuuu... 

bunyi lebah bawa madu. 


Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit,
 melihat lebah yg sedang bawa madu.
Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. 

Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. 
"Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni.

 Sedapnya. 
Subhanallah sungguh sedap ni."


 kerana setitik madu si hamba Allah tu 
lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.
 


Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah

kita semua. 
Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang 
sentiasa 
mengejar kita,

 so beringat-ingatlah.

 2 ekor buaya itu adalah 
malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.

 
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita 
kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan 
kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

 Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan

juga malam 

yang sentiasa menghakis umur kita.
Kan tikus tu gigit tali tu.

 
Madu,
 madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.

 Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya tu. 

Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah.
 Waktu susah barula nak ingat Allah. 
Astaghfirullah...