Monday, April 13, 2009

~tangisan kekasih hati",)

"Tangisan Rasulullah s.a.w. menggegarkan Arasy"
 

Jika harta yang hilang dari diri seseorang,
maka tiada apa pun yang hilang,
Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang,
maka ada sesuatu yg hilang,

Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang,
maka segala-galanya telah hi lang dari diri seseorang,kan?

Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir:
"Ya Karim! Ya Karim!"
Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!"
Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi:
"Ya Karim! Ya Karim!"
Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!"
Merasa seperti diolok-olokkan,
orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah,
lagi tampan yang belum pernah dikenalinya.
Orang itu lalu berkata:
"Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi?
Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya:
"Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?"
"Belum," jawab orang itu. "
 
Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?"


"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," 
kata orang Arab badwi itu pula.

Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya:
"Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.
"Tuan ini Nabi Muhammad?!"
"Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:
"Wahai orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya,


Ketahuilah,Allah
mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda:
"Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!"
Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata:

"Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu.

"Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?"
Rasulullah bertanya kepadanya.


'Jika Tuh an akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'


Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:
"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!"


Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. "

p/s:Kalau tidak keberatan....
Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia... "

PESANAN SRANG HAMBA ALLAH",)

Dr.Fadhilah Kamsah menulis
Assalammualaikum.
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...
dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ...
tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ... Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....
either belen makanan mak atau abah ...
tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan...
kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ...
samada kami perasan atau tidak ....
so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...
arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...
mak kata,
supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...
dan saya sendiri akui kesannya .....
makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..
Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..
jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...
jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak...
samalah ceritanya ..
dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...
dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ...
solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ...
kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ...
kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat...
ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....
tak caya try buat ...
solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib ....
dapat semua waktu lagi baik ...
sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..
dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita".
Just to ambil iktibar untuk mendidik diri@family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu!
So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly... Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses.

Sunday, April 12, 2009

I LUV SOLAT",)

ASSALAMUALAIKUM,SNYUM",)
Munajat tengah malam
SATU daripada cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun daripada tidur mengerjakan ibadat,
khususnya sembahyang tahajud atau sembahyang di tengah malam.Tetapi satu persoalan boleh ditimbulkan ialah mengapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi penuh kesejukan?
Jawapannya kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang hamba yang mengaku dirinya bertuhankan Allah.Sesungguhnya bukan perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak waktu dinihari sedang orang lain asyik dibuai mimpi. Juga bukan perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam atau untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata masih terkebil-kebil.
Dengan kata lain, amalan bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan seseorang. Keadaan tubuh letih dan lesu kerana bekerja kuat pada siang hari menyebabkan sesetengah orang tidur seperti mati. Ia amat susah untuk disedarkan walaupun puas dikejutkan.Mata akan menjadi bertambah mengantuk dan tubuh bertambah penat apabila tidur lewat malam kerana asyik menonton televisyen atau kerja tambahan lain.Keadaan sejuk dan suasana sunyi di tengah malam juga menjadi faktor membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa keberatan untuk berhubungan dengan Allah pada waktu berkenaan.Iman yang kurang kental akan membuat seseorang yang tidur nyenyak menarik selimut dengan lebih kemas dan rapi lagi. Sesungguhnya ketika itu masa paling sedap untuk tidur.
Namun, di atas segala kesukaran inilah tersembunyi rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya.
Sekalipun sembahyang tahajud hanya sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya.
Firman Allah bermaksud:
"Dan daripada malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji" (Surah Al-Israk: Ayat 79)Ayat itu menjelaskan betapa pentingnya sembahyang tahajud. Ia satu peluang keemasan ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya.
Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan berkenaan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya. namun bagi yang sudah biasa, ia menjadi satu kenikmatan
pula,kan?
Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan terasa kerugian besar jika meninggalkan sembahyang tahajud.
Di waktu inilah, iaitu sepertiga malam, pintu langit terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Allah sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya."
(Hadis riwayat Abu Daud)
macm ni la bru kluarga y brcinta krana Allah,kn?
Sesungguhnya untuk mendapatkan kasih daripada Allah bukan perkara mudah. Allah mengasihi orang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang. Sembahyang tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu, Allah menyayangi mereka yang mengerjakannya.Namun, bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun bertahajud di tengah malam.Sebaliknya, orang yang lemah iman berasa berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak pun sampai setengah kilogram.Sembahyang tahajud sesungguhnya satu daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding sembahyang sunat lain.Sembahyang ini adalah amalan orang yang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah.Amalan sembahyang tahajud bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad dan umatnya, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya.Ini bererti perintah tahajud tidak dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad saja.
Sayidinna Umar Al Khattab menyatakan mengenai fadilat sembahyang malam dengan berkata:
"Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (tahajud) dengan khusyuk, nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:
1. Jauh daripada segala penyakit.
2. Lahir kesan takwa pada wajahnya.
3. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia.
4. Percakapannya mengandungi hikmat.
5. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).
Sementara empat perkara di akhirat ialah:
1. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
2. Dipermudahkan hisab
3. Cepat melalui Sirat al Mustaqim, bagaikan kilat.
4. Diserahkan catatan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.
Walaupun manusia sedar mengenai betapa tingginya nilai dan kedudukan sembahyang tahajud, namun sedikit sekali umat manusia mengaku dirinya beragama Islam yang sanggup dan bersedia melakukan sembahyang itu.Bagi mereka, tidur lebih nikmat dan lebih utama daripada bersembahyang. Sesungguhnya, manusia akan berlumba-lumba bersembahyang tahajud sekiranya mereka dapat merasakan betapa nikmatnya melakukan amalan itu.Keheningan dan kedinginan malam pula seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi hubungan antara makhluk dan Khaliq. Apa yang dibaca seseorang ketika bersembahyang tahajud seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa. Orang yang khusyuk dalam sembahyang akan merasai hubungannya dengan Allah adalah sangat hampir.Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang yang memohonnya.
Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur nyenyak.Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda, tenaga masih kuat dan pintu taubat masih terbuka.
Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada Allah.Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam.
p/s:mrilah sma2 kta mghiasi malm,algkah tnangnya hati stlah mndirikn smyg.lwan la syaitan.lam stp pkra kbaikan,lgkah prtma manusia la y plg brat nk bt.syaitan akn hlang bsguh2.jom sma2 usha 3k,may Allah bless u",)
Munajat tengah malam

SATU daripada cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun daripada tidur mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang tahajud atau sembahyang di tengah malam.Tetapi satu persoalan boleh ditimbulkan ialah mengapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi penuh kesejukan? Jawapannya kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang hamba yang mengaku dirinya bertuhankan Allah.Sesungguhnya bukan perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak waktu dinihari sedang orang lain asyik dibuai mimpi. Juga bukan perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam atau untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata masih terkebil-kebil. Dengan kata lain, amalan bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan seseorang. Keadaan tubuh letih dan lesu kerana bekerja kuat pada siang hari menyebabkan sesetengah orang tidur seperti mati. Ia amat susah untuk disedarkan walaupun puas dikejutkan.Mata akan menjadi bertambah mengantuk dan tubuh bertambah penat apabila tidur lewat malam kerana asyik menonton televisyen atau kerja tambahan lain.Keadaan sejuk dan suasana sunyi di tengah malam juga menjadi faktor membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa keberatan untuk berhubungan dengan Allah pada waktu berkenaan.Iman yang kurang kental akan membuat seseorang yang tidur nyenyak menarik selimut dengan lebih kemas dan rapi lagi. Sesungguhnya ketika itu masa paling sedap untuk tidur.Namun, di atas segala kesukaran inilah tersembunyi rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya.Sekalipun sembahyang tahajud hanya sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya. Firman Allah bermaksud:"Dan daripada malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji" (Surah Al-Israk: Ayat 79)Ayat itu menjelaskan betapa pentingnya sembahyang tahajud. Ia satu peluang keemasan ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya.Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan berkenaan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi yang sudah biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula.Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan terasa kerugian besar jika meninggalkan sembahyang tahajud.Di waktu inilah, iaitu sepertiga malam, pintu langit terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti.Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Allah sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya." (Hadis riwayat Abu Daud)Sesungguhnya untuk mendapatkan kasih daripada Allah bukan perkara mudah. Allah mengasihi orang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang. Sembahyang tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu, Allah menyayangi mereka yang mengerjakannya.Namun, bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun bertahajud di tengah malam.Sebaliknya, orang yang lemah iman berasa berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak pun sampai setengah kilogram.Sembahyang tahajud sesungguhnya satu daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding sembahyang sunat lain.Sembahyang ini adalah amalan orang yang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah.Amalan sembahyang tahajud bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad dan umatnya, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya.Ini bererti perintah tahajud tidak dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad saja.Sayidinna Umar Al Khattab menyatakan mengenai fadilat sembahyang malam dengan berkata: "Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (tahajud) dengan khusyuk, nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah: 1. Jauh daripada segala penyakit.2. Lahir kesan takwa pada wajahnya. 3. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia.4. Percakapannya mengandungi hikmat.5. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).Sementara empat perkara di akhirat ialah:1. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri2. Dipermudahkan hisab3. Cepat melalui Sirat al Mustaqim, bagaikan kilat.4. Diserahkan catatan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.Walaupun manusia sedar mengenai betapa tingginya nilai dan kedudukan sembahyang tahajud, namun sedikit sekali umat manusia mengaku dirinya beragama Islam yang sanggup dan bersedia melakukan sembahyang itu.Bagi mereka, tidur lebih nikmat dan lebih utama daripada bersembahyang. Sesungguhnya, manusia akan berlumba-lumba bersembahyang tahajud sekiranya mereka dapat merasakan betapa nikmatnya melakukan amalan itu.Keheningan dan kedinginan malam pula seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi hubungan antara makhluk dan Khaliq. Apa yang dibaca seseorang ketika bersembahyang tahajud seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa. Orang yang khusyuk dalam sembahyang akan merasai hubungannya dengan Allah adalah sangat hampir.Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang yang memohonnya. Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur nyenyak.Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda, tenaga masih kuat dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada Allah.Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam.

Assalamualaikum Malaysia,hmm..

hmm,alhamdulillah,pgi ni aku dpt gk bljr byak bnda sla agma.jdi sja nk tlis kt cni sbb nk pingt dri sndri..

tmaksih Allah sbb bgi pluang utk ana trus mhsbah n pk ttg btpa bsrnya kbsran Allah 2.wlpun lmrah dunia,mnsia xkn ps ati ngn pa y dia ada.y kya cmbru kn y mskin sbb xpyh penat,y mskin cmbrukn y kya sbb blh ada mcm2.spttnya kta bsykur ngn pa ja krniaan Allah 2..

stp pa2 pn dgaan Allah psti dselt ngn hkmah y xkn mnsia jgka.cma kta y kna mncri snri hkmah 2.wlun rmai org ckap,islam 2 mdah,tpi mmg la mdah jdi org islam,tpi bkn org beriman.

smua mnsia lm dunia ni ada hati@mrpkan tnda kkuasaan Allah.cmna blh lhirnya prsaan ksih,cinta,syg,smuanya ada d hati,ckit pn xda kt akal.nabi pn suh kta jga hati..

jika bek la hati ssrang,maka bek la slruh hdupnya..

kin ana pn x pa arif lm ilmu agma,tpi skrg2nya ana mncri pa y prlu dcri lam hdup ni.cri krdhaan Allah..

adkh anta dh mncrinya@mmpu kta “saya ykin akn msuk ke syrga”?sma2 la kta pk..

mga2 ALLAH bsma ana smsa ana mnlis wk2 ni.insyaAllah.just want t know all opinion of people(ntah btul ka x),skrg2nya cba.

ADAKAH HBNGAN ANTRA LELAKI@PEREMPUAN SBLUM IKTAN PRTNANGAN N MAYB PERKHWINAN??

cpt jwb!!!!

A: nowadayas our mindset were poisoned….

A: da teenagers will feel not completed without love…

A: couple..

A: or yg sewaktu dgnnya…

A: ana rsa itu smua x prlu…

A: sbb keburukn lbih bnyk dr kebaikan..

A: sbenarnya kita slalu dgr psal cinta…

kononnya cinta mukmin…

A: xda dating…

A: or yg sewaktu dgnnya…

A: tp itu smua perangkap syaitan….

A: memang..

A: smua org khususnya rmaja…

A: kompom ada kemahuan utk brcinta…

A: tp kita jgn lupa..

A: zmn sekrng ni…

A: bnyk sngt kita cmpurkn halal@hrm dlm kehidupan….

A: kita dh trperangkap..

A: msuh2 islam dh bjaya ubah mindset para pmuda islam…

A: sepatutnya pra pmuda islam msti brjiwa kntal…

A: berada d brsan dpan mnegakkan agama Allah…

A: tp bnyk yg layu…

A: ada yg layu tp x sdar yg dia layu…

A: trtipu..

A: kerna ilmu kta x ckup..

A: dlu cinta…

A: tp bla dh hboh sal couple itu hrm…

A: mksiat..

A: so..

A: ada la idea2 yg cba selitkn…

lhirla cinta mukmin.tpi lam dunia ni ,mmg ada cinta 2.d cni ana cma tlis utk sma2 kta brsha mncintai ssrang krna Allah.

2 la bru sbnrnya cinta org mukmin.

br mnangis d dunia,jgn kita nangis kt cna bla bjmpa ALLAH..

A: cinta mukmin….

A: kononnya…

A: saling menasihati sal agma..

A: tgur mngur…

mmg xblh ka bkwan antra l@p lm islam?

adb mnsia mmg ska bkwn.xkwn ngn mnsia,dia kwn ngn bntang,ada y blh ckap ngn pkok,ada kwn ngn in dll.

blh bkwn n y ptma kna jga adalh aurat.

lps 2,jga ttg berdua2an!

“kami ttup aurat kmi(kul1 pgi)..

n xbtpa2 pn,xblh ka?”

hdis pn ada kta,xbr2 srang ank adam@hawa mlainkan ada org y k3 iaitu syaitan!!!

AA: aku trma ptus kwn ngn dia sbb aku tkut sbb aku,dia jdi x solehhah..

bkwam kran Allah,berpisah pn krna Allah.trget y d akhrat,insyaAllah y dunia pn akn dtg mghmpiri kta..

tpi bla kta trget y dunia,y akhrt blum tn2 dpt tgk byg sklipun..

A: ayt tu kna btulkn sk8…

A: bukn putus kwn..

A: putuskn yg lbih dr kwn..

(stop bca,mhsbah dlu!pk y sptutnya.btpa hbtnya kuasa Allah 2 kn?bkn msa lgi,insyaAllah jodoh 2 smua dh dttapkn Allah pn,kita kna ykin ngn smua janji2 Allah.Allah xda sfat y sma ngn mnsia@jnjiNya xsptutnya spa2 blh prtkai)mga2 btul pa y ana tlis

hmm,jom smbung crta,mga2 Allah tnjukkn pa y tbek utk kita…

org kata:

every lover will love n love again..

A: jdi anta kna tune blk diri anta…

A: btul2…cinta kerna Allah memang ssh… tpi cita krna Allah 2 msih ada lam dunia ni,mga2 kta slah srang y dppt mrsainya,amin..

A: sbb dlm diri ada nfsu…

A: myb cnta lps khwin bru rsa nikmat kerna Allah…

hmm,tpi ada 1 psnan…

A: yg mmbuatkn aku xnk brkapel..

A: bkn xnk…xbrani…

A: ayt tu gak mmbuatkn aku x kapel…

A: sbb aku respect…

A: kta nk y solehah…

A: tp diri ni x seberapa…

A: klau wnita tu trima cnta kita…

A: kira dia lbih kurang dgn kita ja…

A: so…

A: sbb tu ana x kapel…

A: sbb tkut ana mncemari kesolehahan ssorg wnita tu…

A: satu lg…

A: kna jga..

A: prmpuan klau skali jtuh cinta…

A: dia akn setia…

A: smpai bla2…

A: so ana x brani…

A: sbb..

A: prjalanan msih jauh..

A: tkut ana akn memgecewakn org…

A: ana x sanggup kecewa n d kecewakn..

A: ana dh kunci rpt pntu hati ana utk “cinta” selain cinta Ilahi

A: tpi pn2 2 akn dbuka bla smpai msa…

A: ana yakin…

hmm,sma2 pk kbnran kta2 ni,try tnya hati tgk,cpat…

AA: N ttg 3bnda y mrsakkn mnsia

AA: kuasa,hrta n wanita..

AA: smua l blh lwn,cma klah kt wnta 2 ja..

AA: n slgi 2 aku xrsa dri aku soleh n blh dptkn wnta solehah..

AA: jdi istri 2 mmg crminan dri kta sndri..

AA: jdi nnti,jgn slhkn istri kalo dia crang/pa2..

AA: sbb kin kta pn cm2..

AA: 2 r jnji Allah,l y bek,utk p y bek..

AA: ingt ayt ni smpai bla2..

attoyyibu littoyyibat…

lelaki yg baik tuk prmpn yg baik..


p/s:moga kta dpt mencari mkna sbnar khdupan dlam mghrungi onak durinya.hdup d dnia hnya lah utk brccuk tnam.hasilnya ada di akhirt kelak,insyaAllah..

mga Allah bkakn pntu hati umat Muhammad n mrahmati kta smua,aminn.

snyum evry1

~belajarlah dari pengalaman^_^

 ~misi jihad cinta~
Sayang, kita dah sampai.”
Safiyyah menggosok mata yang masih ngantuk. Tudung labuhnya yang agak senget dibetulkan suaminya.
“Tapi safiyyah kena janji dengan abang, walau apapun yang jadi lepas ni Safiyyah mesti redha.”
Safiyyah mengerutkan dahi, pelik dengan kata-kata suaminya.
“Abang ni, dari tadi Safiyyah tanya kita nak kemana. Tapi abang tak jawab pun.”

“Kan abang nak bagi Safiyyah hadiah ulangtahun perkahwinan kita.”
“Tapi cara abang cakap tadi macam pelik je.”
“Nak kahwin lagi ya?”
Suaminya tergelak kecil. Lucu dengan pertanyaannya.
“Kalau betul kenapa?”
“Safiyyah tak kisah tau. Nanti Safiyyah dapat payung emas di syurga.”
Suaminya tersenyum. Isteri yang solehah. Moga dia menjadi bidadariku di syurga.
“Abang ni kenapa senyum-senyum ni?”
“Dah la. Lagi cepat kita masuk ke dalam lagi cepat Safiyyah dapat hadiah dari abang.”
“Okey..”
Dia membuka pintu kereta. Kereta hitam berkilat kepunyaan suaminya diparkir di tempat yang disediakan.
Di hadapannya tersergam sebuah bangunan canggih. Pintunya diperbuat daripada kaca yang dihiasi kalimah
‘Lailahaillallah… Muhamadurrasulullah..’.
Suaminya menggenggam erat tangannya, bagai tidak mahu dilepaskan.
****
Uwais memasukkan kad pintar kedalam ruang di tiang itu. Dengan pantas, lantai yang dipijak bergerak ke atas menuju ke tingkat 8. Usai sampai, dia menarik kembali kad pintarnya.
“Jom masuk sayang.”
Sekali lagi, dia memasukkan kad pintarnya ke dalam mesin pintu pejabat di hadapannya. Lantas terpapar namanya di atas skrin mesin itu. Beberapa minit kemudian, tertera perkataan ‘masuk’.
Dia memimpin tangan isterinya. Dengan yakin, dia memulas besi ringan yang terlekat di pintu pejabat itu.
Kelihatan seorang lelaki di dalam pejabat itu. Senyumannya mengisi ruang wajahnya. Seakan terpancar nur keimanan pada rautnya yang tenang.
“Selamat datang Uwais Al-Qarni. Hari ini kau menunaikan janjimu.”
Lelaki itu menekan remote di tangannya. Kerusi di hadapan meja kaca itu terbuka.
“Sila duduk..”
“Terima kasih.”
Kelihatan lelaki itu mencari sesuatu. Dia menyelongkar laci kaca yang terapung di atas, seperti kabinet kuno zaman 2008 yang diubah suai. Cantik. Gabungan seni lama dan baru.
“Isi maklumat diri dan zaujah. Err, siapa nama dia?”
“Nur Safiyyah binti Dr Tariq Ziyad.”
“Dr Tariq Ziyad? Macam biasa dengar. Subhanallah, kamu anak seorang pahlawan?”
Safiyyah hanya diam merendah diri.
“Bagus. Kamu menjejaki langkah ayahmu. Memang berdarah pahlawan.”
Uwais menekan-nekan skrin sensitif di hadapannya. Dia mengisi maklumat dirinya dan Safiyyah.
Safiyyah memerhati.
MISI JIHAD CINTA
Nama Mujahid : Uwais Al-Qarni bin Ammar
Nama Mujahidah : Nur Safiyyah binti Tariq Ziyad


Dan banyak lagi butiran yang diisi suaminya..
Hati Safiyyah berbunga riang.
  Inikah hadiah dari Uwais kepadanya? Subhanallah.. Ya Allah, aku syukur padaMu. Cita-citaku semakin dekat. Syahid menggoda rohku. Aroma syurga menggamitku.
Misi jihad cinta itu sudah lama diidam-idamkan. Peraduan Misi Jihad yang dimenanginya itu menjadi hadiah yang amat bernilai. Peraduan ini melayakkan pasangan suami isteri sama-sama berjihad di tempat yang akan di hantar oleh ejen. Hanya 20 pasangan yang mendapat tempat dalam masa setahun. Misi ini adalah peluang terbaik untuk mencapai pangkat syahid.
“Sayang, mana kad pintar? Butiran peribadi perlu disahkan.”
Safiyyah lantas mengeluarkan kad pintarnya dari beg tangan elektronik hadiah dari arwah ayahnya.
“Ni bang..”
Butiran peribadi mereka kemudiannya disahkan. Laptop kecil sebesar tapak tangan itu diserahkan kepada lelaki di hadapannya.
Lelaki itu menekan-nekan sesuatu. Kemudian dia tersenyum.
“Kamu berdua dihantar ke Kota Toledo.”
****
“Bang..”
Uwais mendongak. Raut indah milik isterinya direnung. Sinar keimanan yang terlakar menenangkannya.
“Ya?”
Safiyyah diam. Dia menunduk. Air jernih memenuhi kolam matanya.
“Kenapa ni? Safiyyah tak suka ya hadiah ni?”
“Abang.. Apa ni.. Bukankah itu yang kita tunggu-tunggu selama ni?”
“Habis tu.. Kenapa menangis?”
“Safiyyah tak sabar nak pergi sana. Lagi 2 hari kan bang..”
“Ya,abang pun tak sabar dah. Semakin dekat bau harum syurga..”
“Abang..”
“Ya?”
“Kita berjumpa lagi tak nanti di syurga?”
“Safiyyah sayang…”
“Ya bang..”
“Safiyyah nanti insyaAllah jadi Ainul Mardhiah abang di syurga. Jangan risau ya..”
“Safiyyah tak risau pasal tu. Safiyyah yakin kalau Safiyyah tak jadi bidadari abang pun, abang akan dapat bidadari yang lagi cantik dan solehah daripada Safiyyah.”
Kata-kata lembut isterinya membuatkan dia tersentuh. Subhanallah.. Aku sayang dia keranaMu ya Allah. Maka temukanlah kami di syurgaMu, jangan Kau pisahkan kami. Cukup hanya dia bidadari solehah yang telah kau sediakan untukku. Moga di dunia dan juga di syurga.
“Safiyyah.. Ingat tak dulu zaman kita sama-sama ditarbiyyah?”
“Ingat bang.. Masakan Safiyyah lupa. Taman yang mengajar Safiyyah erti perjuangan.”
“Dan abang tak sangka Allah pertemukan kita. Ingat tak dulu kita asyik bertengkar untuk capai kata putus dalam mesyuarat? Kelakarnya masa tu. Isteri abang ni petah betul berhujah. Sampai kadang-kadang buat abang geram.”
“Laa.. Abang juga pesan pada kami, kami kena jadi Muslimat Tarbiyyah. Muslimat yang kuat menongkah ujian, tabah menghadapi dugaan, pantas berfikir, berana membantah kebatilan. Kan?”
“Ya sayang. Muslimat masa tu semua kuat belaka. Abang tengok macam kering hati je.”
“Terpaksa la bang. Kalau kami tak jadi macam tu, habis la perjuangan. Asyik-asyik merajuk, menangis. Nanti tak jadi kerja pulak.”
“Ya, abang faham.”
“Abang tengok la buktinya. Dah 3 orang ahli syura muslimat kita yang dah kotakan janji. Dah dapat pangkat syahid. Safiyah yang terlambat bang..”
Safiyyah pilu, janjinya belum dikota lagi. Dia sedang menunggu saat kemanisan itu. Nanti akan dia capai tangan sahabat-sahabatnya di syurga nanti. Sahabat-sahabat, tunggu kedatanganku. Hatinya menyeru.
“Sabar la. Tak lama lagi..”
****
Di khemah persiapan, Kota Toledo.
Malam itu mereka tekun. Hati dan jiwa betul-betul diserahkan kepada Allah. Setiap saat dipenuhi dengan solat-solat sunat, berzikir dan alunan bacaan Al-Quran.
Di atas sejadah itu, Uwais memegang tangannya. Erat dan kemas. Tampak air matanya mengalir.
Safiyyah juga menangis hiba. Tiada kata yang mampu diungkap. Bukan airmata sedih yang sedang mengalir. Tetapi armata bahagia, bahagia kerana bakal menemui Rabbnya.
“Nur Safiyyah.. Terima kasih kerana menjadi isteri abang selama ini. Safiyyah isteri solehah abang. Selama setahun kita kahwin, tak pernah sekali pun Safiyyah sakiti hati abang. Safiyyah gigih berusaha menjadi yang terbaik.”
Esakan isterinya semakin kuat. Hatinya pedih dalam gembira.
“Safiyyah, Allah temukan kita dalam lapangan perjuangan. Dan kita berjanji akan hidup dalam lapangan ini selamanya. Matlamat kita jelas, hidup mulia atau mati syahid. Sekarang di hadapan kita peluang, Safiyyah kena serahkan pergantungan bulat-bulat pada Allah. Bila kita sama-sama jalankan misi itu nanti, Safiyyah kena ingat Allah banyak-banyak. Jangan fikir pasal abang lagi, tinggalkan dunia. Ingat syahid.”

“Abang sayang Safiyyah kerana Allah. Abang minta maaf sebab tak dapat nak beri Safiyyah apa-apa ganjaran selama Safiyyah berkorban jadi isteri abang..”
“Abang, Safiyyah tak minta apa-apa pun.”
“Kita jumpa di syurga ya.. InsyaAllah..”
Dahi isterinya dikucup lembut.
“Abang ada satu permintaan.”
“Apa dia bang?”
“Baju tu. Nanti Safiyyah kena pakaikan untuk abang.”
“Ya,InsyaAllah. Abang pun ya.”
“Ya,InsyaAllah.”
Safiyyah bangun menuju ke hujung khemah, dia mengambil 2 pasang baju putih yang tergantung di atas tali. Tertulis perkataan “Peserta Misi Jihad Cinta” di belakang baju putih milik suaminya. Di bahagian hadapan sebelah kiri, tercatat nama Uwais Al-Qarni dan di sebelah kiri terdapat bendera kecil tertulis kalimah agung Lailahaillallah Muhammadurrasulullah. Juga pada bajunya.
“Assalamualaikum.. Akh Uwais..”
Terdengar suara member salam. Safiyyah merenung lembut wajah suaminya.
“Waalaikumsalam.”
Uwais membuka pintu khemah.
“Akh, sekarang sudah tiba masa kalian. Seruan jihad sudah dipalu.”
“Baiklah. Terima kasih.”
Uwais menutup kembali pintu itu. Dia pusing menghadap isterinya.
“Sayang, dah tiba masanya.”
“Ya.”
Lantas baju jihad disarungkan ke tubuh. Usai keduanya bersiap, Uwais memandang isterinya.
“Kita jumpa di syurga ya.”
“InsyaAllah bang. Sekejap lagi kita bertemu semula.”
****
Boomm..
Boommmm..
Boommmmm..
Dentuman demi dentuman terdengar. Mereka tekun melaksanakan misi jihad.
Bumm!
Di sebuah tempat, terdampar beberapa tubuh. Bajunya berlumuran darah. Ada peluru tertimbus di dada dan di sekitar tubuh mereka. Harum darah syuhada’, rautnya tersenyum megah. Antaranya adalah pemuda bernama Uwais Al-Qarni. Kini dia sudah mengotakan janjinya.
Bummm!
Dan, di sebuah tempat. Darah mengalir laju. Wanita berjilbab itu ditembak di belakang badannya. Peluru tertimbus dalam. Nur Safiyyah tersenyum.
Roh para syuhada’ itu berterbangan di langit.
Uwais dan Safiyyah sudah mengotakan janji.
Mereka bertemu di syurga.
Surah At-Taubah :
(52) Katakanlah: (Sebenarnya) tidak ada yang kamu tunggu-tunggu untuk kami melainkan salah satu dari dua perkara yang sebaik-baiknya (iaitu kemenangan atau mati syahid) dan kami menunggu-nunggu pula untuk kamu bahawa Allah akan menimpakan kamu dengan azab dari sisiNya atau dengan perantaraan tangan kami. Oleh itu tunggulah, sesungguhnya kami juga menunggu bersama-sama kamu.
(71) Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(72) Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam Syurga Adn serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.
(111) Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
Surah Al-Ahzab :
(22) Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka: Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.
(23) Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun