Photobucket

Monday, September 27, 2010

coretan angin perantauan ^_^


Jari menyusun kerinduan buat abah, mama, kaklong, iman, najiha, huda, wawa, zaid, husaini di tanah air..

BACKGROUND MY KOM ^_^

Rindu rasanya untuk mengetap papan keyboard.
Rasa ingin mencoret sedikit cebisan kenangan di perantauan.



Bumi tempat tinggalnya jejak-jejak anbiya,tak lupa juga jejak-jejak manusia yang dilaknat.

Tibanya diri ini dengan segunung harapan,menggenggam ijazah akhirat dan dunia,insyaAllah.

Menjadi doktor buat agama dan doktor buat manusia.
Rasa seperti bayi yang baru membuka mata,diberi nama ghuroba.

berjalan mundar mandir untuk mencari ilmu tentang kehidupan.
Hanya berbekalkan sedikit ilmu sebagai juadah bekalan menyapa manusia.

Namun ilmu tu mencorak jejak sedikit demi sedikit pengalaman untuk mengenali siapa orang arab yang sebenarnya..


Bangsa yang satu ketika dahulu dihina,sehina-hinanya oleh dunia.
Sehinggakan rom dan parsi pun tak sanggup untuk menakluki..
 kerana bimbang sifat-sifat jahiliyyah menusuk ke dalam 
rakyat-rakyatnya.

Namun,bangsa yang sama,dimuliakan Allah kerana agamaNya,iaitu Islam.
sehinggakan manusia-manusia ini diredhai Allah dan mereka turut redha kepada Allah. Dunia hanya di bawah tapak kaki mereka.



Di sini juga letaknya jasad imam mazhabku.yang melembutkan hati siapa yang mengikuti jejaknya..

Mungkin berat langkahan pertama,tapi itulah kemanisan kehidupan.
Melangkah dengan langkahan yang disisip rajin seperti 
doktor-doktor muda yang lainnya.

DOKTOR - DOKTOR MUDA


Kata abah(pegawai kedah)..
penyesalan tak mengintai di hadapan,dia hanya menanti di belakang.

Peliharalah tiap langkahan perbuatan agar tulah penyesalan tak menjadi sebahagian dari backbone kehidupan.

Mulanya briefing tentang kehidupan manusia melayu di mesir.
Diajar untuk berusnuzhon dengan semua manusia.mungkin selekeh pakaiannya,namun tak siapa tahu barangkali dialah wali Allah.


Indahnya usnhuzhon dalam kehidupan, membuat manusia tersimpang dari highway hasad dan hasutan syaitan.


Sedikit menarik di bumi ini,disediakan jawatankuasa baitul muslim.
sesetengahnya menyebut agen mencari jodoh mungkin,he he..
Kalau difikirkan,pelik. Tapi rupanya indah tujuannya.



mengekang lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan beriman dari perkara-perkara yang dironta fitrah.

insyaAllah hati ini ditutup seketika memikirkan perkara yang telah ditakdirkan Allah ini.

 Hanya ingin mengajak sahabat-sahabat menghiasi dunia percintaan selepas pernikahan.
indahnya hidup bersyariat.

Disebut juga tentang sahabat-sahabat dunia perubatan.
dikatakan banyak pengaruh negatif mula bertapak di bumi anbiya disebabakan doktor-doktor muda yang tidak menghayati agama.

Tapi,marilah kita bersangka baik untuk seketika.
Mereka berbuat dosa tanpa mengetahui kejahilan. Tanggungjawab buat ulamak muda yakni kita untuk memimpinnya,bukan menyalahkan mereka..

tak kurang hebatnya kritikan buat ulamak muda.
moga agama yang disemai sejak dari kecilmu menjadi santapan akhlak buat manusia yang lainnya.
moga setiap diri dihiasi dengan keindahan islam.

Make up yang paling sempurna dalam kehidupan.


Kalaulah dalam kita berfikir,
untungnya seorang ulamak muda kerana diisi ilmu pentarbiahan tentang agama kehidupan..

Tapi beruntung lagi seorang doktor muda kerana hatinya dapat dibentuk dengan dua acuan..

Mungkin hati yang pertama dibentuk untuk menjadi kasar sekasarnya.
bila mata tiap kali bergelumbang dengan darah..
Hati ini berguna untuk membuatkan diri hanya merasa Allah berkuasa terhadap segala-galanya..



Hati yang kedua diisi dengan acuan kelembutan.hari yang diisi dengan melihat kematian dan berkongsi kesedihan.

Inilah hati yang ingin disuburkan.
bak kata kekasih hati,orang yang paling bijaksana adalah manusia yang sentiasa mengingati mati dan membuat persedian menghadapinya.

Indahnya peluang yang diberikan Allah untukmu wahai 
doktor-doktor muda supaya menjadi orang yang paling bijaksana di bumi dan juga di langit.

Tiap kematian melihatkan kita macam mana saat kita di penghujung pintu nyawa nanti.

Adakah diizinkan untuk mengungkap kalimah akidah yang sering difahami dan ditutur ketika sihatnya kita satu ketika dahulu.



Saat yang tak akan dilewatkan mahupun diawalkan sesaat pun.
Sekian, sedikit coretan di pagi isnin.

entah kapan diizinkan Allah untuk post kata-kata aluan di bumi mesir ni.


Hari ini dianugerahkan rehat sebentar kerana cutinya kelas.tapi kerja dai’e insyaAllah sampai mati pun tak ada cuti,kan??


Kalaulah ditanya sampai bila engkau akan menyusahkan diri kerana agama,katakanlah aku hanya mengharapkan pengrehatan di syurga kelak,insyaAllah.

Kembali untuk mengisi santapan ilmu.

BRI3FING



MAIN FUTSAL


FUTUR3

JALAN2 CARI KELAS

LOGO AIN SHAMS


Aku adalah bidak catur Islam, yang ingin terus kehadapan menjadi permaisuri melindungi rajaku (agamaku) seumur hidupku..

Tinta demi menggapai redha Ilahi
^_^



Sunday, September 19, 2010

^_^

menuggu untuk diisi minyak keimanan..
cukuplah demi menggapai redha Ilahi..
lau samahta..

^_^

Tuesday, September 07, 2010

~pesanan buat teman^_^


 

~rindu rasanya untuk menjentik papan kekunci..
setelah diri bermusafir di bumi madrasah..

indah dirimu wahai si sg. petani..

hinggakan ke pasarmu masih ramai yang berpakaian cara nabi..

~di sana,aku ditemani sahabat sefikrah..
cuainya aku dalam mentadabur kalam Ilahi..

~namun kami diajak berbual tentang untaian ukhwah..


betapa mahalnya tali ukhwah itu sebenarny..
acpkali teringiang-ngiang mafhum doa rabitah..

hayatilah sambil mengingati wajah-wajah sahabat-sahabat kita..


~kata sahabatku,
di manakah pengakhiran persahabatan kita dengan mereka??
 
berbahagia di syurga atau bersama menanggung kepedihan azab neraka?


YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMU,
bertemu untuk mematuhi perintahMU,
bersatu memikul beban dakwahMU,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk
mendaulat & menyokong syariatMU,
maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya…
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
akan jalanNYA yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu
yang tidak kunkung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan
limpahan iman dan keyakinan
dan keindahan tawakkal kepadaMU,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan
ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,
Engkaulah sebaik-baik sandaran
dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini…

~namun,setelah pulang,hati ini tertampar seketika..
tebal rasanya bedak berjenamakan malu di muka..
membaca penulisan yang tak dijangka..

~aku hanya insan yang masih banyak daki-daki dosa dan kejahilan..
moga tidak disalah ertikan setiap perbuatan..

selitkan tiap perbuatan dengan demi menggapai redha Ilahi..

kata orang,perjalanan masih jauh..

~namun saat untuk bertemu penciptaku sudah meronta-ronta..
segerakanlah dalam berbuat kebaikan

sahabat-sahabatku..

sebenarnya,hari yang berlalu selalu menjerit mengkhabarkan bahawa nyawa kita telah ditolak sehari..

tapi selalu kita memekakkan telinga kanan dan kiri..

kehidupan yang sebenar hanyalah di sana..
sini hanyalah tempat ujian..
kata ustazah,hidup ini adalah ujian..
ujian untuk membuat pilihan sebenarnya..

~uhibbuka fillah..

assif a'la kulli hal^_^