Photobucket

Tuesday, September 07, 2010

~pesanan buat teman^_^


 

~rindu rasanya untuk menjentik papan kekunci..
setelah diri bermusafir di bumi madrasah..

indah dirimu wahai si sg. petani..

hinggakan ke pasarmu masih ramai yang berpakaian cara nabi..

~di sana,aku ditemani sahabat sefikrah..
cuainya aku dalam mentadabur kalam Ilahi..

~namun kami diajak berbual tentang untaian ukhwah..


betapa mahalnya tali ukhwah itu sebenarny..
acpkali teringiang-ngiang mafhum doa rabitah..

hayatilah sambil mengingati wajah-wajah sahabat-sahabat kita..


~kata sahabatku,
di manakah pengakhiran persahabatan kita dengan mereka??
 
berbahagia di syurga atau bersama menanggung kepedihan azab neraka?


YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMU,
bertemu untuk mematuhi perintahMU,
bersatu memikul beban dakwahMU,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk
mendaulat & menyokong syariatMU,
maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya…
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
akan jalanNYA yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu
yang tidak kunkung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan
limpahan iman dan keyakinan
dan keindahan tawakkal kepadaMU,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan
ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,
Engkaulah sebaik-baik sandaran
dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini…

~namun,setelah pulang,hati ini tertampar seketika..
tebal rasanya bedak berjenamakan malu di muka..
membaca penulisan yang tak dijangka..

~aku hanya insan yang masih banyak daki-daki dosa dan kejahilan..
moga tidak disalah ertikan setiap perbuatan..

selitkan tiap perbuatan dengan demi menggapai redha Ilahi..

kata orang,perjalanan masih jauh..

~namun saat untuk bertemu penciptaku sudah meronta-ronta..
segerakanlah dalam berbuat kebaikan

sahabat-sahabatku..

sebenarnya,hari yang berlalu selalu menjerit mengkhabarkan bahawa nyawa kita telah ditolak sehari..

tapi selalu kita memekakkan telinga kanan dan kiri..

kehidupan yang sebenar hanyalah di sana..
sini hanyalah tempat ujian..
kata ustazah,hidup ini adalah ujian..
ujian untuk membuat pilihan sebenarnya..

~uhibbuka fillah..

assif a'la kulli hal^_^

No comments: