Wednesday, February 16, 2011

riadah minda^__^

 jom riadah minda sat..
kata orang,beruntungnya berumah tangga.pahala boleh berganda-ganda..
tapi..
 hayatilah..

"Abang Ni, Pakai Tu Elok-Elok La Sikit,"
Kata Liza Lembut Sambil Membetulkan Pakaian Usin.
Usin Tersenyum Memandang Isterinya.

"Cantik Isteri Abang Hari Ni,"
Usin Mencubit Pipi Liza Lembut.

"Ayah, Ayah, Cepat La Yah," Farah Dan Adi Meluru Masuk Ke Bilik Kerana Dah Tak Sabar-Sabar Nak Bertolak Pulang Ke Kampung.

"Yelah, Yelah, Ayah Dah Siap Ni."

Liza Hanya Tersenyum Melihat Suaminya Itu Melayan Karenah Anak-Anak Mereka Yang Comel Dan Manja.

"Abang, Dah Lama Kita Tak Balik Kampung Macam Ni, Ye ?"

"Iyelah, Maklumlah Abang Ni Sibuk Dengan Urusan Perniagaan. Baru Kali Ni Abang Ada Peluang Untuk Cuti Panjang." Usin Berkata Kepada Isterinya Tercinta.

Perjalanan Daripada KL Ke Tangkak Mengambil Masa Lebih Kurang Empat Jam. Farah Dan Adi Dah Pun Terlelap Kat Kerusi Belakang. Begitu Juga Dengan Isterinya, Liza.

"Tak Sabar Rasanya Nak Tiba Kat Kampung," Usin Berkata Dalam Hati.

Sedikit Demi Sedikit Usin Menekan Minyak Keretanya. Semakin Lama Keretanya Semakin Laju Dan Usin Semakin Seronok. Usin Dah Tak Sabar Untuk Segera Sampai Ke Kampungnya. Pedal Minyak Ditekannya Lagi Dan Honda Civicnya Mula Memecut.


Usin Cilok Kiri, Cilok Kanan. Habis Semua Kenderaan Dipotongnya. Bangga Betul Usin Masa Tu. Terlupa Dia Sekejap Pada Anak Dan Isterinya Yang Sedang Tidur.

"Eh Abang, Kenapa Bawa Laju Sangat Ni?" Tiba-Tiba Liza Terjaga Dari Tidurnya.

"Tak Ada-Apa La Sayang, Rileks...
Cepat Sikit Kita Sampai Kampung Nanti."

"Sabar Bang, Sabar. Biar Lambat Tak Apa... Jangan Laju Sangat Bang, Liza Takut." 
Liza Cuba Memujuk Usin Supaya Memperlahankan Kenderaannya.

"Rileks Liza...Tak Ada Apa-Apa," Usin Terus Memotong Bas Skspres Di Depannya Tanpa Was-Was.

"Haaa... Kan, Tengok. Tak Ada Apa-Apa Kan?" Kata Usin Setelah Berjaya Memotong Bas Ekspres Tadi.

"Sudah La Tu Bang."

"Ha... Tu Ada Satu Lagi Bas Ekspres. Liza Tengok Abang Potong Dia Aaa....". 



Usin Terus Masuk Gear 3, Pedal Minyak Ditekannya Hingga Jejak Ke Lantai.
Usin Terus Membelok Ke Kanan Untuk Memotong Dan....

Di Depannya Tersergam Sebuah Lori Balak Yang Besar Dan Gagah Dan.....

BANG!!

"Usin.... Bangun Sin," Sayup-Sayup Terdengar Suara Emaknya. Usin Membuka Matanya. Dia Terlihat Emaknya Di Situ.


"Mana Liza Mak ? Macammana Dengan Liza Mak ? Farah, Adi....

Mana Anak-Anak Saya Mak ?"

 Bertubi-Tubi Usin Menyoal Emaknya. Usin Tak Dapat Menahan Kesedihannya Lagi. Usin Menangis Semahu-Mahunya Di Depan Emaknya.

Emaknya Memandang Usin Tepat-Tepat.

"Macamana Dengan Isteri Usin Mak, Liza?" Usin Masih Terus Menangis.

PAANNNGGG!!

Kepala Usin Yang Botak Itu Ditampar Oleh Emaknya Dengan Tiba-Tiba. Usin Terdiam. Kenapa Emaknya Buat Dia Macam Tu?

"Banyak La Engkau Punya Isteri ! Keja Pun Pemalas Ada Hati Nak Berbini. Tu La, Tidur Lagi Senja-Senja Macam Ni ! Dah ! Bangun Pegi Sembahyang !" Emaknya Terus Merungut Sambil Berlalu Keluar....

...Dan Usin Tersengih Keseorangan. Rasa Macam Nak Masuk Dalam Tin Biskut ! Malu Beb !!

Sekian.

Moral : Pandulah Dengan Berhati-Hati Walaupun Di Dalam Mimpi

p/s
berehat seketika,tapi kerja daie takkan pernah ada mc,kan?
berjuta umat menanti,semuanya memanggilmu menarik mereka dari pinggir-pinggir neraka Allah..

muhasabah seketika..
ketika ditanya apa kerjamu?
adakah berani kita mengaku bahawa saya daie,dan kadang-kadang doktor,insyaAllah..
jom jadi remaja bervisi akhirat,haiya-haiya^_^
~najahh atau syahid~



3 comments:

NUR SYAZWANI said...

penuh dgn feeling baca..mula2 terasa sgt sweet..kat tgh2 tu marah pulak dgn usin bwk kereta laju2 tuh..pastu sedih liza and anak2 tersayang meninggal..last sekali!!!!hikhikhik...mimpi rupanya..alahai..mmg bagus entry hang nih

muaz3112^_^ said...

sja nk suh ag feeling.nma pn riadah kan?
daie pun kena da sukan minda jap..
jadi lepas dah senyum,kena la gandakan kerja dakwah.
bukan senang Allah nak bgi pluang senyum..
da org,x hbs2 tnsion,ngn keja,ngn istri,ngn harta..
tpi kita snang2 ja.alhamdulillah ya Allah..

mineslove said...

:)