Saturday, October 09, 2010

ST vs VT


Selesai bermakeupkan iman.
Dinginnya angin bumi anbiya ketika ini..
Fahamilah aku kenapa nabi menyukai kedinginan air di malam hari.
Air yg akan menggetarkan sesiapa yang mencabarnya.
Ada ruang untuk aku mencoret di teratak keimanan.
terpanggil aku untuk mencoret kisah yang amat bermakna dalam hidupku.
Mungkin cerita ini jarang dalam kamus pelajar perubatan,tapi inilah sebenarnya perencah hidupku.

Belajar sesuatu yang tak pernah dilukis di buku.semuanya tersemat dalam sebuah pasukan yang bernama S.T..
Pasukan yg mengenalkan aku erti kawan dan erti lawan.
Kisah yang mendewasakan aku dari pemikiran yang kebudakan..
Berbekalkan keputusan upsr,
aku ditempa di sekolah yang sejam perjalanannya dari teratakku..
Aku diajar untuk melihat 10tahun kehadapan setelah menjejak kaki di sekolah yg bernama sains kedah..
Mungkin ini hikmahnya aku meninggalkan agama baling satu ketika dahulu.
Allah mengetahui apa yang terbaik buat hambanya ini.
Berbekalkan pingat olahragawan ketika darjah4,aku menjejak kaki kembali dalam pasukan hoki sekolah.
Namun,diri ini tidak kuat lagi di awal usia.
aku mengalah pertama kalinya bila mana seorang senior meminta aku untuk cuba tak memasuki team utama mereka.
tingginya assabiah di bumi sains kedah ketika tu.
Semangat batch katanya.
Sebab tu lah aku terus meninggalkan dunia hoki..
S.T bermula ketika sengaja aku mencabar diri untuk menangkap bola tenis yg dibaling oleh seorang akhi..
Semakin aku dapat menangkap,semakin laju kelajuan bola ditambah.
hipotesis yg tiada manipulasinya..

Akhirnya,aku disyorkan memasuki team sofbol.
Berat pada mulanya.mana mungkin seorang lelaki bermain sukan yg lembut macam tu.
Tu lah fikiran aku pada awalnya.
Di hujung umur 13,aku menglah.
aku turun bersama kawan2 untuk berlatih.
Di situlah aku bertemu cikgu suhaimi.
Cikgu yang banyak berjasa dalam mencoret makna kehidupan dalam hidup ini.
Aku diberi peluang menjadi catcher dan itulah positionku sampai akhirnya.
Masih teriang lagi kali pertama kami diberi peluang friendly di luar sekolah.
Kalau tak silap,bertemu sekolah padang selamat.
Ingatkan hanya berbekalkan 2bulan berlatih,cukup untuk menang.
Tapi langit tak selalunya cerah,ST kalah 16-0.
Dari situlah datang pula abg man yg menjadi coach peribadi kami..
Semua latihan yg disuruh,seakan-akan tak munasabah.
Rupanya ada hajat di sebalik tiap latihan.
Latihan untuk membina ukhwah.
Kalau sukan lainnya,hanya skil seorang ja dah cukup tapi tidak dalam dunia sofbol.
Aku diajar untuk muliakan sahabat2 berbanding diri sendiri.
Itulah tahap akhlak yg paling tinggi.
Didenda denda yg sama,larian yg sama,makian yg sama,keletihan yg sama..
Semuanya sebelum kami berjinak-jinak dengan sukan yg bernama sofbol.
Kini tibanya masa ST melangkah ke medan peperangan.
Tahun ini adalah tahun keemasan bagiku.
Menjadi johan di peringkat daerah dan juga negeri.
Disebabkan belum wujud lagi pertandingan U15 kebangsaan,kejayaan perjalanan kami tergantung di situ.
Di tahun berikutnya,kami ditawarkan bercuti di genting kalau menjadi johan bagi u18&U15..
Namun janji tu terlaksana.di tahun itu,aku,syed dan remoi diberi peluang oleh Allah untuk mencorak diri di arena kebangsaan..
Banyak yg aku belajar waktu tu.
Mungkin tahun tu dirasakan penting bagi kaum pmr,namun aku lebih suka bermain ketika tu.
Di saat ramai yg menghalang jalanku,ada beberapa insan yang meminta aku buktikan tentang sukan adalah ibadah.
Di situlah aku buktikan.bukan sukan yg menjatuhkan manusia,tapi manusia yg menjatuhkan manusia.
Umi diberi peluang menjadi coach team aku ketika tu.
aku diterbangkan ke Pahang kali ini.
Di situlah sebenarnya aku mengenali umi.
Insan yg pertama membuatkan aku rasa bersalah.mana tidaknya,pulang sendirian disebabkan kesalahan aku,hmm..
Janji Allah itu benar.
Bila kita bersukan hanya kerana Allah,insyaAllah sikit pun pelajaran kita tak akan tergugat.
Aku dikurniakan sijil kecemerlangan pmr pada tahun tu.
Walaupun meninggalkan kelas selama sebulan.ya Allah,bersyukurnya aku ketika tu.
Di tingkatan4,aku dilatih dalam pasukan tunas sofbol kedah.
Pasukan yg dirangka untuk mewakili kedah tahun tu.
aku pergi bersama shabat lain.sahabat seperjuangku terpaksa berpindah sekolah atas sebab2 tertentu.
Di sana,aku diberi mandat sebagai penghulu team sofbol kedah.
Aku mengenali tentang masyarakat yg tinggal di luar.tentang gaya hidup mereka.
Banyak yang tidak mereka fahami tentang agama.aku yang dhoif ini pun hanya dapat mengajak dengan akhlak.
Entah macam manalah sahabat2ku tu sekarang ni.
Di tahun akhir persekolahan,aku diberi Allah pengalaman yg cukup bermakna dalam kehidupan..
Hebat aturan Allah..
Setelah menggenggam pingat emas rugby kmy,aku ditawarkan bermain untuk 15 utama daerah.
Inilah tahun pertama aku bermainnya dan tahun pertama aku diizinkan mewakili daerah.
Tapi hari latihannya sama dengan hari aku bermain sofbol.
Pernah satu ketika,aku ditanya oleh sahabatku.
Kenapa tak main rugby,sofbol bukan boleh menang dah pun?
Itulah katanya kerana ketika tu,ST terpaksa bertemu smk kuala muda.
Pasukan yg ternama dalam sukan ni.
Tapi itulah hikmah istikorah.aku tetap memilih untuk berjuang buat kali terakhir.
Sukan yg kami sama-sama bina dulu,mana boleh aku yg hancurkan hanya sebab 1sukan yg lain.
Di hari perlawanan,hanya kami saja di padang.mungkin coach ada rancangan yg tersirat.
Kali ni,aku mengambil peluang mencorak team.mencari hadiah untuk tahun terakhirku.
semua beraggapan kami tak akan layak ketika tu.
Semua target kemenangan diletakkan di bahu pasukan akhwat.
Mungkin jugak sebab tu pasukan aku ditinggalkan coach.
Namun,perlawanan semi-final tu berada di tangan kami,Alhamdulillah..
Syukurnya ketika menghayati detik tangkapan boya (khairuddin).
Mengalir air mata ini di saat tu.
Ya Allah,betapa indah aturan yg kau aturkan untuk memberitahu aku tentang kemanisan berukhwah yg sebenarnya.
Di final,coach aku masih lagi tidak kelihatan.
Mungkin dia masih mahu kami berusaha sendiri atau malunya kepada kami..
Alhamdulillah dianugerahkan johan kmy dengan mata 19-0..
Lawak kalau difikir2kan balik.
Pasukan yg pernah tewaskan kami di quarter final kini tewas 19-0..
Aku diberi penghormatan untuk menerima hadiah bagi pihak rakan2..
Betapa bersoraknya kami hati tu,Alhamdulillah..
Indahnya sukan yg membentuk ukhwah.
Sukan ini juga yg mengajar aku erti kepimpinan..
Mengajar aku supaya mengasihi sahabat2 lebih dari diri sendiri.
Kini,aku hanya bermain untuk berukhwah.
Tiada lapangan untuk mewakil Negara di bumi anbiya ni.
Janganlah kita pisahkan sukan dengan agama.
Sukan mengajar ilmu yg mungkin takkan pernah disebut dalam buku.
Mengjar kita tentang ilmu yg paling penting,yakni ilmu tentang kehidupan.

1 comment:

twinkle twinkle said...

semangat ukhwah itu manis :)