Photobucket

Sunday, April 24, 2011

~ datin bee VS dato lat^_^


 ^_^ LEBAH vs LALAT ^_^


LEBAH



makhluk kejadian Allah yang sentiasa mencari bunga-bunga yang indah,

 wangi dan manis untuk di hinggap dan di hisap madunya bagi mencipta pula madu lebah..

 andai ia berada dalam kawasan yang penuh dengan sampah sarap sekalipun,

 mata lebah tetap mencari 
kewujudan bunga,


 di manakah letaknya flora indah dan wangi dalam timbunan sampah yang busuk itu,

 dan 
dia akan tetap hinggap pada bungaan..




LALAT


 matanya sentiasa mencari di manakah adanya sampah dan sarap,

 bauan yang busuk untuk dia hinggap dan singgah, walau dia ketika itu berada dalam kebun bunga yang terbentang luas ,



 di penuhi dengan bungaan yang cantik,

 di kelilingi oleh bauan bunga mekar yang harum, namun sang lalat tetap tidak nampak semua itu,

 kerana dia hanya fokus pada mencari di manakah letaknya bangkai dan bau yang hanyir.



Lantas, andai kita mahu mengambil sebagai pengajaran,

 dengan mata siapakah yang mahu kita terbang dalam alam sementara ini untuk kita gunakan 
sebagai alat melihat?


No comments: