Photobucket

Monday, August 16, 2010

~buatmu khalifah kehidupan^_^


~buat kaumku...
Marilah beriman sebentar mengenangkan dosa-dosa yang terpalit pada diri.walaupun kecil,kita tidak tahu mana satu dosa yang memurkakan Allah,nauzubillah..
Tanamkanlah sifat-sifat ini dalam dirimu wahai saudaraku..
Kerana dirimu ditakdirkan menjadi khalifah di muka bumi ini.indahnya ketentuan Ilahi, subhanallah^__^

MUSLIMIN!
 

Seorang lelaki yang d'idamkan
Ialah seorang buta,bisu,bakhil@papa…
 
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat@lagha
 
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia@seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu,Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
 
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki idaman ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pda wanita yang bukan mahramnya
 
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hnya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Ttpi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
 
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan tguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk mlihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Lelaki yang d'idamkan adalah seorang yang papa
Papa,Papa dalam melakukan prkra maksiat
Papa dlm ilmu-ilmu yang tak berfaedah@bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
 
Tpi dia ckup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya ngn sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
N dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi srg syuhada

Y syahid di jalan Maha Esa.

"Andai Kau bEri kEkayaan dunia pada kami,letakkanlah di tanganku,janganla di hatiku"


 

No comments: