Friday, August 13, 2010

~kesusahan mengajar erti keimanan^__^


~tarbiah bukanlah segala-galanya..
namun segala-galanyabermula dari tarbiah..


pesanan buat insan yang baru membuka langkah dalam mentarbiyah diri,
mungkin kita rasa amat susah kan?

sebabnya mungkin pengaruh sekeliling tambah pulak jika dah banyak budaya jahiliah yang telah jadi habit diri.

ingin ditegaskan disini itu sudah menjadi biasa.

hendak menjadi baik inilah harganyanya.

ianya ibarat kita mendaki gunung sedangkan ramai pula yang sedang turun.

kelihatan pelik, asing.
tapi cuba renung hadis ini sahabat...
Rasulullah SAW bersabda:
“Islam itu datang dalam keadaan asing, dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana mulanya ia, maka beruntunglah orang-orang yang asing(ketika keasingan Islam yang kedua itu)” Hadith riwayat Muslim.


taknakkah kita berada dalam golongan yang beruntung? untung ini bukan sebarang untung. nak tahu apa ganjarannya? nah..
“(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.” Surah As-Saff ayat 12-13.



yakinlah sahabat, inilah jalan nak bergerak ke syurga. marilah sama2 kita bergerak. kan kita dah janji bersahabat sampai ke syurga?
adakah jalan lain nak ke syurga melainkan dengan mengamalkan islam dalam kehidupan?
“Sesungguhnya cara hidup di sisi Allah itu hanyalah Islam” Surah Ali Imran ayat 19.



justeru bersabarlah duhai sahabat, diri ini pun bukannya kuat untuk bergerak seorang diri dalam suasana sekeliling yang asing ini. kerna itulah kita bersama sekarang ini.

walaupun secara fizikalnya kita jauh, namun yakinlah hati kalian sentiasa dekat, dirindui.
"Ya Allah tautkan hati kami atas dasar keimanan kepada Mu ya Allah"
sahabat, sebelum kita bergerak jauh, hadirkan wajah setiap dari kita dalam doa yang dilafazkan, agar perjalanan kita merupakan sebuah perjalan cinta sekumpulan sahabat, menuju ke syurga.
sekian.
-mfr5071-

3 comments:

matt Dark said...

aku rsa tulisan tu adjust warna.. susah nak baca....(sicacai)ahahahahahah

muaz3112^_^ said...

~alhamdulillah dah ubah..
bru nk bgi nmpak cute ckit,haha..
ag btolak bila?

qisti zahra' said...

Salam.

Bimbinglah dan tegurlah daku di saatku tergelincir..
Kembalikan daku kepada TUHANku..
Moga persaudaraan yang terbina..
Membawa pertemuan yang kekal abadi di alam penuh kemanisan..
Doamu yg tulus dan bersih..
Membuat diri setiap insan rasa dihargai..
Rasa kewujudan sebagai insan yang sentiasa perlu diseru ke arah kebaikan..
Kerana diri ini sering dibuai dengan keindahan dunia..
Sedangkan dunia tidak menyayangi dan membalas cintaku..
Moga saja persaudaraan yang terbina..
Membawa daku kepada PEMILIK CINTA..
ALLAH 'AZZA WA JALLA..
Yang tidak pernah membiarkan hamba-hambaNYA walau sekejap..
Sungguh, DIA MAHA MENGASIHANI hamba-hambanya..

Selawat