Thursday, August 12, 2010

~pesanan dari KP^_^


insyaAllah minggu Ini aku ingin berkongsi sedikit ilmu dan renungan untuk minggu ini aku adaptasikan dari penulisan hilal asyraf berkenaan tarbiyah kendiri.
 
mungkin ianya sesuai untuk kita yang masing-masing jauh sambil berjuang di medan masing.
moga email ini dapat membantu kita mencari turning point untuk mula mentarbiyah diri menjadi ar-rijal sejati.
tarbiyah kendiri ini diperlukan di saat kita keseorangan tanpa ada sahabat disebelah untuk menegur kita sedangkan jahiliah di mana-mana. 
 
step pertama perlulah kita mengenal Allah kerna hanya dengan mengenal Allah akan membuatkan kita lebih disiplin. 
 
merasakan Allah di mana-mana dan setiap tingkah laku kita diperhatikan.
biar kita selalu sedar bertapa indahnya syurga itu dan bertapa pedihnya azab neraka.
 
tapi bukan bermakna setelah menjalani tarbiyah kita tak perlu lagi mengenal Allah,semestinya kita akan lebih mengenali Allah di sepanjang jalan tarbiyah nanti.

step kedua perlulah kita menggerakkan diri.
 
kita tahu baca quran tu penting,solat di awal waktu penting, tapi kita abaikan. kita agungkan membaca majalah yg nntah apa2 dan menonton movie. 
justeru proses tarbiyah ini ialah cuba mendidik diri membuat apa yg Allah mahu dan mengikis habit jahiliah dalam diri.

memang nampak susah,tapi slow2 lah,kita manusia bukan malaikat. setkan sasaran dan bergerak menuju sasaran itu. sbg contoh target perkara wajib kena bg clear, sehari 2 page quran dan tadabbur at least satu ayat,istighfar 70 kali sehari.
cubalah capai.
 
klau dah mula menjadi habit, improve dari semsa ke smsa. biar sikit tapi konsisten.

bagaimana bila iman tgh down, rasa malas nk beraamal? 
ini biasa,tapi perlu mengatasinya. renung kembali janji-janji Allah kpd org yg beriman. nikmat syurga yg mengiurkan.
hubungilah sahabat2 utk kita recharge balik iman. 
 
memang kita akan mudah lemah sbb ramai org sekeliling kita nampak enjoy shj dgn kehidupan mereka. justeru bergeraklah mencari suasana tarbiyah.
kita perlu faham urgensi mentarbiyah diri baru kita akan berusaha utk istiqamah.
 
ada cuti ka menjadi hamba Allah?

justeru sahabat fillah,ayuh kita tarbiyah diri sambil kita bergerak memperbaiki org lain. kita perlu kuat,kerna perjalanan kita amat jauh.

Dan setiap mereka datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri ” Surah Al-Isra’ ayat 13-14.
Setiap orang dari kalian pasti diajak bicara Tuhan-Nya, tanpa penterjemah antara dirinya dengan-Nya” Hadith muttafaq alaih
“ Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) Surah Al –Hasyr ayat 18.
sekian,utk sahabat-sahabat yg aku sayang.
-mfr5071-

No comments: