Photobucket

Tuesday, August 31, 2010

~coretan tinta hati ^_^



ya Allah,beratnya untukku mengangkat tinta..

moga diberi kekuatan kerana diri ini lebih gemar membaca dari menulis..
sedikit perkongsian penulis sebelum meletakkan warkah sahabat sefikrah..


alhamdulillah..
masa mudaku tidak terbazir.indahnya ditarbiah Allah walaupun cuma untuk beberapa ketika..
ya Allah,rindunya hati ini untuk bertemu denganMu, dan dengan kekasihku..

sedikit cebisan kenangan tentang hari yang lalu.
ketika mana diri ini diizinkan Allah untuk kembali ke bumi UIA..
langkahan pertama kakiku mengimbau sejuta kenangan di setiap inci masjid yang menjadi tempatku menagih ilmu keimanan..
setiap inci masjid itu ada kisah-kisahnya yang tersendiri..

di bumi inilah aku belajar menjadi manusia yang sebenar-benar manusia..
~ manusia yang ditemani sahabat-sahabat yang sentiasa mengidamkan kemanisan iman di hati..

seketika melangkah keluar dari masjid, pelbagai rupa ku temui kembali..
rupa-rupa yang selalu aku cemburui kerana amal mereka..
seketika mengimbau saat perlawanan dalam beramal dengan mereka.
namun,diri ini tetaplah seorang yang tewas kerana mereka adalah insan-insan yang tersimpannya al-Quran di dalam diri..
mungkin ada yang tertutup bekasnya,namun dalamnya masih tersimpan kasturi yang indahnya baunya..

malam itu, diri ini diizinkan Allah untuk bertemu mualim mayaku..

akhi hilal..

subhanallah,pengaturanmu cukup hebat ya Allah..
terkelu diri ini apabila kami bertukar-tukar percakapan..

jauhnya diri ini dibandingkan dengan ilmunya..
namun aku kagum dengan pencipta nya..

~telah ramai orang hebat telah kau lahirkan ya Allah..
kerana engkaulah yang maha hebat..

tajuk yang amat baik disampaikan hilal,
yakni berkenaan al-Quran..
tentang masdar hidupku..



tiap katanya ku fahami dah ku hafali untuk ku sampaikan buat teman-teman seperjuangan yang lain..
indahnya berada dalam nikmat islam..
nikmat yang tidak pernah diminta walaupun masih bayi..

~ya Allah,jadikanlah kami hambaMu yang mempunyai hati yang sentiasa bersyukur kepadaMu..


~ islam adalah agama yg memenuhi segala fitrah manusia.hebatnya ciptaanMu ya Allah ~

akhi hilal,insyaAllah akan ku pelajari ilmu al-Quran yang engkau pelajari sedikit masa lagi,insyaAllah..

syukurnya dapat bertemu denganmu.kagum melihat tinta di usia mudamu..
doakan ana dapat menjadi kalau tidak seperti, separuh macam enta pun ok,jzkk..

hadiah yang enta hadiahkan,insyaAllah akan ana sematkan dalam diri insan lain selepas ini..
sebagai tanda syukur untuk hadiah iman yang tidak ternilai ini...
tanda syukur adalah bagaimana nikmat yang kita rasai,insan lain turut merasai,kan??

belum sempat bibir mula terbiasa untuk mengenali mualim mayaku ini,diri diingatkan tentang meeting perkim yang Allah aturkan..
insyaAllah,buat pertama kalinya setelah penat bekerja..
~ketua pemuda PERKIM UIA ~
dapat juga sampai ke perkampungan orang-orang yang istimewa ciptaanya..
aku ke sana bersama rakan-rakan yang sangat hebat peribadinya..

~di saat kepulangan~

banyak perkara ku diterokai..
kehidupan mereka agak baik..
namun sayang,cukup susah untuk mereka amalkan agama yang sempurna dalam kehidupan..
mungkin disebabkan kelemahan diri ini..
ya Allah,ampunilah diri ini..
aku takut akan diertikan sebagai orang yang muflis seperti mafhum hadith nabi..
apakah yang akan ku jawab sekiranya mereka menuntut hak mereka..
berjuta lagi manusia yang tidak ku ketemui..
~ biar kalah, tapi jangan kena disqualified^_^ ~

niatkanlah setiap perbuatan dakwah kita untuk seluruh alam,insyaAllah..
hakikatnya, dakwah itu untuk perbaharui imanku..
bak kata nabi,

jaddiduimanakum...

sayu melihat suasana kampung..
orang-orang di situ hanya kenal islam pada nama..
namun,indahnya bersaudara..
cuaca yang sejuk sedikit pun tidak menjejaskan tugas setiap insan yang berhijrah dari bumi uia..
semuanya tekun dan sabar mengerjakan amanah yang dibahagikan,subhanallah..

~mengenal erti tayammum~

air yang berasap tetap menjadi air wudhuk mereka di sepertiga malam..
mungkin ada ketawa yang mencacatkan tinta amalan,moga Allah mengampuni diri ini dan sahabat-sahabat,insyaAllah..

banyak lagi coretan di cameron yang ingin aku ukirkan di saprah blog ini,namun biarlah ia sekadar rahsia,he~
~ indahnya hidup berukhwah.tapi berhati-hati dalam beriktilat sahabat-sahabatku ~
saudara perkim,anggaplah caption itu nasihat terakhir dari diri ini^_^

~cuma diri ini terkilan kerana tidak dapat mengorek seribu cahaya ilmu dari seorang maulana bangladesh yang sembahyangnya di situ..
mungkin kerana jahilnya ilmuku dalam bahasa yang ditutrinya..
namun banyak juga bait-bait katanya dapat ku terjemahkan..
mungkin kerana dahulunya diri ini gemar memahami filem-filem hindustan dan mendengar bayan urdu..
~guruku berwajah suci seperti anak kecil ini~
sebelum bertolak cameron,sempatku mendengar kuliah bersama guru talaqiku,u muhadir,buat kali terakhir mungkin..
insyaAllah akan bertemu lagi.kalau tidak di dunia,insyaAllah di cana..
biiznillah

baliknya,aku mengemaskan diri dan mencari bayangan cerminan diri yang telah ku peroleh setelah berkampung di cameron..
indahnya tarbiah darimu ya Allah..
malamnya,sempat diri ini bersama sahabat-sahabat examination menjamah makanan percuma dari ukhti nisa..
~kenngan setelah penat bekerja~

yang hairannya,apalah ubat yang diletaknya...
syabab2 makan sikit saja malam tu,x macam selalu ^_^

sesi iftar ditutupi dengan perkongsian dari hati ke hati..
subhanallah,berjuta nasihat dapat ku kutip buat pedoman diri..
mungkin nasihatku saja yang tidak mempunyai cahaya seperti yang lainnya..
moga Allah beri ku kekuatan untuk menjadi seperti sahabat-sahabatku..


ada kata-kata yang ingin ditutur sebenarnya dalam iftar tu.tapi lemahnya diri ni dalam berkata-kata..
kerap kali ku sematkan di hati hadis nabi..
yang mafhumnya..

~orang yang paling banyak ketawa adalah orang yang paling banyak akan menangis di akhirat kelak..


moga Allah pelihara lidah ini.bukanlah diri ini hendak membuatkan antum semua lupakan Allah,tetapi niat hanya untuk melihat antum senyum..
senyum dalam kedukaan,tanda insan punya keimanan^_^
senyum jugak boleh hilangkan letih..
tapi tim lagi masam ada la ri2.assif jiddan tim,tak terniat..
~ cukuplah andai diri ini diingati dalam doa.itula wayerless paling hebat di dunia ~


akhirnya,doakan diri ini..
mungkin susah untuk kita bertemu..
tapi insyaAllah Allah mudahkan pertemuan di syurga kelak..
jzkk sahabat-sahabatku^_^




ku selitkan warkah sahabat sefikrah buat pedoman diri dan insan lain..
tinggi akhlak dan ilmunya..
hayatilah...
~tinta kehidupan~

hal antum bi khair?
mcm mna ramadhan?
iman ok?

insyaAllah minggu ni suka aku nak perkatakan soal ibadah.
adakah setiap detik diri kita berada dalam koridor ibadah?
ya setiap detik.
86400 saat sehari.
bukankah kita diciptakan hanya utk beribadah kepada Allah? [51:56]. 
 
terasa susah?
layakkah kita merungut susah?
so mari kita berkongsi bagaimana nak memastikan kita sentiasa berada dalam koridor ibadah. mungkin kadang2 kita tak sedar sama ada kita berada dalam koridor ibadah ataupun tidak.
justeru mungkin kita perlukan penelitian dalam kehidupan kita.
teliti dalam erti kata kita sentiasa menyemak kondisi iman dan amal kita.
 
mungkin kita akan kita satu kerja apa pun x jadilah klau beribadah ja 24 jam.
persoalannya betulkah kenyataan itu? 
sahabat,jangan jumudkan pemikiran kita. buka pemikiran kita seluas-luasnya. kita makan,main,study untuk apa sebenarnya? bukankah itu semua merupakan batu-bata yang boleh digunakan untuk membina jambatan ke syurga? semua perkara yang kita lakukan ialah ibadah sebenarnya cuma bergantung kepada niat dan cara kita.
so aku ingin mengajak sahabat yang aku syg sekalian untuk lebih teliti dalam setiap langkah kita.
~ siswa,jagalah study,kerana ia boleh menjadi fitnah pada agamamu ~
banyakkan bertanya kepada diri, aku buat benda ini utk apa sebenarnya? mana mungkin study kita boleh dianggap ibadah kalau kita menelaah buku hanya dengan berseluar pendek dan tidak berbaju. adakah itu adab menuntut ilmu? mana mungkin tangkasnya kita dipadang boleh dikira sebagai ibadah jika lututnya berbogel sambil mulut memaki hamun sana sini.
 
satu perkara yang perlu kita teliti,
adakah kesibukan kita dlm kehidupan seharian ni lebih mendekatkan kita dengan Allah atau sebaliknya. 
adakah bersengkang mata menelaah ilmu hingga lewat malam tapi subuh esoknya lambat atau kantoi terus itu mendekatkan kita dengan Allah?
tak gentarkah kita dengan amaran Allah dalam surah An-nazi'at ayat 37-39 yg bermaksud:

"maka adapun manusia yang melampaui batas,hidupnya lebih mengutamakan urusan dunia, maka nerakalah tempat tinggalnya"
 
justeru sahabat, telitilah dlm setiap langkah kita. rugilah klau kebanyakan masa kita berada d luar koridor ibadah. mungkin terasa berat utk lebih teliti dlm hal ini kerna kita punya nafsu namun berusahalah sedaya mungkin.
 sampai bila?
sampai bila-bila,selagi hayat dikandung badan. 
 
lama?

mana tau lama? sure ka esok hidup lagi?
sekadar memperingati diri dan sahabat.
-mfr5071-

jzkk akhi faiz.ukhwah fillah abdan abada, insyaAllah
^_^


4 comments:

FaizRodzi said...

pengalaman yg enta sampaikan betul2 membawa hati ini bermuhasabah diri. terasa auranya. ada rasa something yg x dpt d gambarkan dgn kata2.

terasa berasa berdosa.bukan penulisannya tapi diri ini.

tapi terasa segan bila sampai part yg bawah. ilmu yg hanya sekelumit.

~khalifah kecil~ said...

~indahnya bila Allah sedarkan kita andai kita berdosa..

doalah jangan diberi kegembiraan ketika mana kita berbuat dosa..

mungkin enta rasa tinta tu hanya bayang-bayang pada masyarakat,tapi hakikatnya di sisi Allah,insyaAllah tak tergambarkan saiz kebesarannya..

moga kita istiqomah di jalan dakwah..
membina batu-batu hingga kita ditutupi batu-batu di liang,insyaAllah..

jzkk akhi^_^

faqrul said...

muaz...
terima kasih for everything...
banyak aku belajar dari kau.. banyak yang aku cuba belajar.. doakan aku terus kuat untuk menperjuang agama islam yang suci ini bersama-sama kawan2 yang lain.. kenangan bersama kau walaupun sekejap akan aku ingat selama-lamanya.. kau seorang sahabat baik. ditika sedih berjuang kau la anugerah Allah s.w.t untuk mengembirakan kami... moga ukhwah tidak pernah putus walaupun di mana kita berada. kita tetap keluarga perkim yng terbina atas nama ukhwah islam. kami berdoakan kejayaanmu..

Anonymous said...

terima kasih...
krna sering meyedarkn kami semua..
truskn perjuangn ..Allah sentiasa di sisimu..
UIA byaK mgubh khdpn ku juga..
Mmg btul Allah sgt mngthui ape yg terbaik utk
hmbanya..walaupun benda tu kita tak suka...
tp di sblik kesedihan manusia..Allah Bgi kegembiraan kpd hambanya di kemudian hari..
subhanallah...